ASSALAMMUALAIKUM
Kata-kata adalah ucapan yang keluar dari mulut dan lahir dari hati tanpa sengaja ataupun tidak sengaja.
Tapi hakikatnya, setiap kata-kata itu adalah doa kita secara tidak langsung.
Setiap kata-kata yang baik kita pada orang lain adalah doa yang bakal melantun kepada diri kita.
Tapi kata-kata yang tidak baik terhadap orang lain juga akan berbalik kepada diri kita.
Seindah kata seindah rupa seindah hati yang melahirkan setiap kata dan doa yang baik kepada orang lain.
ISLAM mengajar sejahat mana hamba Allah itu menyakiti hati mu, melukakan hati mu jangan pernah berkata yang tidak baik.
Kita selalu mendengar ungkapan doa hambanya yang teraniaya dimakbulkan ALLAH tapi itu bukan tiket untuk kita mendoakan yang tidak baik kepada si penganiaya.
Kata-kata yang keluar dari mulut kita adalah pilihan kita dan melambangkan diri kita.
Andai diri mu disakiti mahupun dilukai gunakan kesempatan ini sebaiknya kerana tidak semua hambaNya diduga kerana ini lah waktunya ALLAH ingin memakbulkan doa hambanya.
MINTA lah MOHON lah MENANGIS lah tapi pinta yang baik sahaja buat diri mu dan buat mereka yang menyakitimu "SESUNGGUHNYA KATA-KATA MU ITU ADALAH DOA YANG MELANTUN" mungkin bukan hari ini tapi ALLAH mendengar setiap kata-kata mu wahai hamba ALLAH.